Tuesday, September 11, 2012

Nota Tambahan: Cara nak MUAT NAIK lampiran (doc) dalam blog.


LANGKAH 1 - TAIP "GOOGLE DOC" DI ENJIN PENCARI



LANGKAH 2 - APABILA PAPARAN INI MUNCUL DI SKRIN ANDA, KLIK IKON MUAT  
NAIK UNTUK PILIH FAIL YANG INGIN ANDA LAMPIRKAN.

CARA-CARA MUAT NAIK  : KLIK IKON MUAT NAIK > FILE > PILIH FILE > OPEN


LANGKAH 3 - CARA UNTUK MENDAPATKAN LINK

* KEMUDIAN AKAN KELUAR FAIL YG TELAH DIPILIH.

   

CARA UNTUK DAPATKAN LINK : KLIK "FILE" >  KLIK "PUBLISH TO WEB"





LANGKAH 4 : LANGKAH UNTUK MUAT NAIK LAMPIRAN DI DALAM BLOG

* BUKA BLOG ANDA PADA BAHAGIAN POSTING (NEW/EDIT POSTS)




KEMUDIAN KLIK OK.. 






CONTOH HASIL PEMBELAJARAN :

TAJUK 15 Seminar dan pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang



Tajuk 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


14.1 Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat

14.2 MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

 Langkah –langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut:








MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN





CONTOH APLIKASI


·         CD-ROM ini member kemudahan kepada pelajar dan guru dalam mengenali sajak khususnya pada sajak “Khatulistiwa”

Tajuk 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



13.1 Menggunakan animasi perkataan dan objek powerpoint 



13.2 Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet


Tajuk 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


12.1 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.




PERSPEKTIF ALAT PENGARANGAN



CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA(*dengan menggunakan Power Point)




12.2 Aplikasi penyuntingan bahan bahasa melayu dengan menggunakan alat pengarangan


ΓΌ  Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point.

Monday, September 10, 2012

Tajuk 11 : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video


SIDANG VIDEO
  •        Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  •        Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  •        Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  •        Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan video untuk menghubungkan orang di beberapa lokasi.
  •       Selain penghantaran audio dan visual aktiviti mesyuarat, sidang video boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih.


JENIS PERSIDANGAN VIDEO
  1.         Banyak ke banyak
  2.         Satu ke banyak
  3.         Satu ke satu


KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG
  •          Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
  •          Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
  •          Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  •          Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
  •         Mempertingkatkan komunikasi.
  •         Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
  •         Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.


TRANSMISI SIDANG VIDEO
  •          Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
    •         Cekup (capture)
      •          Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
      •          Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dimampatkan.
    •         Mampat
      •          Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
      •          Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
    •         Siar
      •          Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
      •          Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik


CONTOH PENGAPLIKASIAN SIDANG VIDEO

PENGGUNAAN PERISIAN SKYPE
Langkah 1 

  •          Skrin Selamat Datang akan terpapar.
  •          Ketik tetikus kanan pada “close this window skrin and start using skype”




Langkah 2

  •         Selepas itu, paparan skype anda akan muncul. Ketik tetikus kiri pada “create a group”



Langkah 3

  •          Anda boleh menambah rakan pada kumpulan perbincangan seperti:




Hasil


Tajuk 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu


VIDEO
  • Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

  1. MPG
    • Bermaksud Motion Pictures Expert  Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan  VCD.
  2. AVI (Audio Video Interleave )
    • Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun  1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.
  3. MOV
    • Merupakan format video untuk perisian  Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer  Company.

  • Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF

AUDIO
  • Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
  • Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
  • Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan
  • Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:

  1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
    • Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
  2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
    • Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
  3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
    • Format yang boleh diterima pakai diseluruh  dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
  4. SND/Sound
    • Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
  5. WAVE/ WAV
    • Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
  6. SUN AUDIO/ AU
    • Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
  7. MPEG (Moving Picture Experts Group)
    • Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik  melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

  • Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2